Sejarah Pembentukan Masyarakat Malaysia
SEJARAH DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
1.0 : PENGENALAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum
dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka
wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan,
seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18
dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu
dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini
coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut
Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang
mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun
pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan
mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat
berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual
beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak
dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan
salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai
konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat
yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi
politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang
mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat
wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain
daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan
terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan
kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan
bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa
kelompok etnik.
1.1 : SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia mempunyai
penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap
kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk
biasanya dikaitkan dengan negara Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri
daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini,
negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum di Malaysia, maka wujudnya
kepelbagain adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.
Masyarakat majmuk
merupakan mayarakat yang terdiri pelbagai lapisan kaum yang mempunyai
kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara
Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat
majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah (segremental cleavages) seperti
ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya". Menurut Kamus Dewan
(2005),ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan
aturan dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota
tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka contohnya seperti pergaulan
masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan
lain-lain.
Malaysia amat
terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan
daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara
tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah
Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan
India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah
struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri
dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola
penempatan,pekerjaan dan pendidikan.
Setiap bangsa
Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya
tinggal di perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak,
menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama
buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah
menganut agama Islam.Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah
mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.
Seterusnya,
masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina
secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka
berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi.
Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina
bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British. Kedatanagn buruh ini
ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit,
sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum
Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.
SEJARAH AWAL MASYARAKAT MALAYSIA
Pribumi-Orang Asli
• Penduduk Semenanjung Tanah Melayu yang terus kekal hingga
hari ini ialah pribumi yang terdiri dari dua kumpulan iaitu iaitu Orang Asli
dan Melayu. Penduduk etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu menjelang
tahun 1995 berjumlah 95,362. Secara kasar mereka boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan besar (Fauziah Shaffie 2000: 256):
– (i) Negrito - enam klan iaitu Kintak, Kensiu, Jahai,
Menderiq, Bateq dan Lanoh.
– (ii) Senoi - enam
klan juga iaitu Temiar, Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri dan Mahmeri.
– (iii) Melayu Asli -
enam klan iaitu Temuan, Semelai, Jakun, Seletar, Orang Kanak dan Orang Kuala.
• Etnik Negrito dan Senoi mempunyai kepercayaan kepada
ketuhanan iaitu Karai (Karei), Orang Hidup dan Tok Pedin. Percaya kepada dosa
dan pahala serta pembalasan di akhirat.
• Etnik Melayu Asli
pula percaya kepada animisme. Namun demikian di kawasan yang kurang percampuran
dengan masyarakat Melayu iaitu di kawasan pedalaman, kepercayaan mereka adalah
lebih kurang sama dengan etnik Negrito dan Senoi. Mereka tinggal di pedalaman.
Justeru itu mereka rata-rata tidak terpengaruh dengan Hinduisme, Budhisme dan
Islam kecuali selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dengan adanya kegiatan
dakwah Islamiah maka sebahagian orang Asli telah menerima Islam.
Etnik Melayu
• Penduduk terbesar
di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Bermastautin di Malaysia sejak
2,500 S.M.
• Terdapat juga di selatan Thailand, Filipina dan
merata-rata tempat di Alam Melayu.
• Dalam kelompok
“Austronesia” yang bertutur dalam bahasa Melayu dan dikaitkan dengan
sejarah Orang Melayu Asli (Proto
Malay).
• Bermula di zaman
keagungan Kesultanan Melayu Melaka (abad ke-15).
• Sebelum kedatangan
lslam etnik Melayu percaya kepada animisme, Hinduisme dan Budhisme.
• Menerima Islam
secara rasmi mulai abad ke-15.
• Islam mempunyai
pengaruh yang amat besar, luas dan mendalam ke atas etnik Melayu, sama ada dari
segi rupa, bentuk, luaran atau dalaman sehinggakan etnik Melayu dan Islam
disinonimkan dan tidak dapat dipisahkan.
• Islam mempengaruhi kehidupan etnik Melayu dalam beragama,
pendidikan, ilmu pengetahuan, bahasa, kesusasteraan, adat resam, kebudayaan,
kesenian dan sebagainya.
• Yang lebih utama
lagi Islam bertanggungjawab menubuhkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam bermula
sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke ke-15 di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu.
• Etnik Melayu
merupakan etnik yang pertama menegakkan pemerintahan dan kerajaan-kerajaan di
Semenanjung Tanah Melayu. Mereka sebagai etnik utama dan tunggak utama
masyarakat plural di Malaysia.
Etnik Cina
• Etnik kedua
terbesar di Semenanjung Tanah Melayu selepas etnik Melayu.
• Hubungan tanah
besar Cina dengan Semenanjung Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama iaitu
sejak kelahiran kerajaan maritim di rantau ini. Contohnya kerajaan Langkasuka
di Kedah, yang diasaskan pada tahun 100M.
Etnik India
• Etnik ketiga terbesar selepas etnik Melayu dan Cina di
Semenanjung Tanah Melayu.
• Hubungan benua kecil India dengan Semenanjung Tanah Melayu
telah lama wujud melalui perdagangan.
• Hinduisme
bertanggungjawab menubuhkan kerajaan-kerajaan maritim Hindu-Budha di Alam
Melayu termasuk kerajaan Langkasuka di Kedah sebelum penubuhan kerajaan Melayu
Melaka lagi. 2.3.5 Zaman Kesultanan Melayu Melaka
• Pedagang-pedagang dari Arab, Cina, India dan lain-lain
kepulauan Melayu datang ke Melaka.
• Melaka sejak itu
menjadi bandar kosmopolitan yang penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik.
• Sejumlah kecil yang bermastautin tetap tinggal di situ.
Tetapi tidak melahirkan masyarakat plural kerana mereka diasimilasikan ke dalam
masyarakat Melayu yang dikenali sebagai “komuniti baba”. Masyarakatnya terdiri
daripada pelbagai etnik tetapi tetap mengamalkan budaya tempatan. Sebab itulah
ia tidak dikategorikan sebagai masyarakat plural (Fauziah Shaffie 2000: 257).
KEMASUKAN MASYARAKAT PRIBUMI SABAH DAN SARAWAK
PETA SABAH DAN SARAWAK |
MASYARAKAT SABAH
CONTOH GAMBAR MASYRAKAT SABAH |
- Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik.
- Kebanyakkan mereka berasal dari Kalimantan, Pulau Mindanao dan Kepulauan Sulu dari Brunei.
- Terdapat beberapa kaum yang menjadi majoriti penduduk Sabah, iaitu kaum Dusun, Kadazan, Bajau, Iranun dan lain-lain lagi.
- Kadazan-Dusun adalah kumpulan etnik yang terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk.
- Kaum-kaum ini berada di daerah yang berbeza dan lazimnya berkelompok mengikut suku kaum mereka.
- Orang Dusun yang kebanyakkan tinggal di daerah Ranau, Keningau, Kundasang dan Kota Belud.
- Terdapat juga suku kaum lain yang menjadi minoriti penduduk Sabah seperti orang Sungai (sekitar Sungai Kinabatangan), suku Iranun (di Telupid), suku Tembenuo (di Beluran) dan suku Tidung (di Tawau).
- Banyak rumpun dan suku penduduk di Sabah sememangnya berasal dari suku kaum Tatana, Rungus, Cocos, Baukan dan sebagainya.
- Pada awal kurun ke-19, setiap masyarakat peribumi di negeri ini mempunyai organisasi tersendiri
- Pembentukan organisasi sosial masyarakat ini banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran, interaksi dengan dunia luar dan peredaran masa.
- Cara hidup dan budaya masyarakat Sabah begitu kompleks dan ditunjungi oleh kepercayaan terhadap alam sekitar.
- Ketika itu, masyarakat Sabah sebahagian besarnya masih lagi mengamalkan kerpercayaan animisme.
- Mereka percaya kepada benda-benda hidup di sekeliling yang kelihatan unik dan asing bagi mereka seperti pokok-pokok besar, batu , gua, tangkal, dan sebagainya
- Masyarakat Sabah akan mengadakan perayaan upacara memuja semangat padi pada hari Pesta Menuai.
- Bahasa pertuturan di Sabah pada ketika itu ialah bahasa kaum mereka seperti bahasa Sungai, bahasa Kadazan, Dusun dan sebagainya mengikut bangsa mereka.
- Walaupun begitu, mereka tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan juga kerana pada ketika itu telah ada sekolah-sekolah di sebahagian kawasan.
- Namun bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman mereka sememangnya menggunakan bahasa ibunda mereka.
- Masyarakat Sabah kebanyakanya tidak mempunyai pedidikan yang tinggi kerana anak-anak mereka diajar untuk bertani.
- Misalnya, anak-anak di ajar bekerja di bendang, ladang, bercucuk tanam, menjala dan sebagainya. Anak perempuan pula selalunya membantu melakukan kerja rumah.
- Malah pada ketika itu anak perempuan di kahwinkan pada usia yang masih muda.
- Masyarakat Sarawak
CONTOH GAMBAR MASYARAKAT SARAWAK - Penduduk peribumi Sarawak terdiri daripada empat kumpulan etnik terbesar iaitu Bidayuh, Iban, Melayu dan Melanau.
- Terdapat juga subetnik seperti Kenyah, Ukit, Penan, Lahanan dan sebagainya.
- Suku kaum yang terbesar dia Sarawak adalah Iban atau Da
- Kebanyakan mereka berasal dari Sumatera Kalimantan.
- Keadaan d di Sarawak adalah lebih kurang sama dengan Sabah
- Perbezaan dari segi terminologi unsur-unsur keagamaan dan tafsiran konsep
- Masyarakatnya juga masih mengamalkan kepercayaan animisme, percaya kepada tangkal, hukum alamsemulajadi yang banyak mempengaruhi kepercayaan dan amalan mereka.
- Masyarakat Sarawak sebahagian besarnya memuja semangat-semangat objek, alam sekeliling dan sebagainya.
- Misalnya terdapat amalan “potong kepala” di Sarawak .
- Orang Iban misalnya mempercayai akan kewujudan berbagai semangat (antu) dan tuhan-tuhan (petara).
- Namun begitu amalan agama dan kepercayaan ini menjadi unsur
dalam menyatukan masyarakat.
- Masyarakat Sarawak secara keseluruhannya bertutur bahasa ibunda mereka.
- Namun demikian, bahasa yang sering mereka gunakan dalam pertuturan harian adalah bahasa Iban.
- Dari segi pendidikan, masyarakat di Sarawak tidak mempunyai sistem pendidikan yang formal.
- Mereka lebih mementingkan pendidikan yang bersifat tradisional. Anak-anak mereka kebanyakannya diajar untuk bercucuk tanam, menangkap ikan, dan sebagainya.
- Antara yang ditanam adalah tebu, lada dan sagu.
- Tujuannya adalah untuk kegunaan seisi keluarga sahaja.
- Jika terdapat lebihan daripada hasil tanaman mereka, mereka akan menjualnya secara kecil-kecilan.
SEJARAH KEMASUKAN MASYARAKAT CINA DAN INDIABuruh cinaBerhubung dengan sistem penghijrahan yang diamalkan, terdapat beberapa cara atau sistem yang diamalkan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab. Antaranya ialah melalui sistem kredit yang merupakan sistem terawal dalam membawa imigran dari China ke Tanah Melayu. Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka. Ejen atau orang tengah akan menggunakan pelbagai cara sekalipun untuk membawa seberapa banyak rakyat China datang ke Tanah Melayu dan ini menjadikan komisen mereka meningkat sekali gus memperoleh keuntungan yang besar.Selain itu, terdapat juga buruh Cina datang ke Tanah Melayu melalui cara persendirian iaitu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897. Sistem Kangcu pula telah diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.Buruh IndiaSementara buruh India pula datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama lagi dan dipercayai mereka datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Pada awal abad ke-19 pula orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah ekoran pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826 telah menyebabkan British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan dari India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Namun jumlah mereka ini tidaklah terlalu besar kerana mereka hanya ditugaskan untuk menyelesaikan kerja-kerja pembanggunan Tanah Melayu seperti membina jalanraya dan jalan kereta api. Sebaliknya penghijrahan kaum India secara besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 ekoran perkembangan dalam bidang pertanian khususnya tanaman getah. Secara jelas, kebanyakan imigran India yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu adalah berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab. Oleh itu, jumlah masyarakat India telah meningkat secara mendadak di Tanah Melayu pada abad ke 19 dan berkembang dengan mendadak pada abad ke 20.Kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India dan dengan adanya hubungan di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu dan mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai lagi orang India ke Tanah Melayu pada masa itu.Selain itu, buruh-buruh India dibawa masuk untuk bekerja di Tanah Melayu adalah melalui sistem buruh kontrak. Sistem ini dapat disamakan dengan sistem yang digunakan untuk mengambil orang Cina iaitu sistem kredit. Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan itu untuk satu tempoh masa tertentu,biasanya lima tahun. Selain melalui sistem ini, buruh India juga turut diambil bekerja melalui sistem Kangani. Sistem ini akan dikawal oleh seorang Kangani yang bekerja dengan majikan dan akan menjalankan proses merekrut pekerja yang didapati berkebolehan. Sistem Kangani berjaya menggalakkan kemasukan lebih ramai tenaga buruh India dan kebanyakannya datang secara berkeluarga. Berlaku juga unsur penindasan apabila majikan akan menyerahkan gaji kepada Kangani untuk diserahkan kepada pekerja dan Kangani akan mengambil kesempatan terhadap pekerja. Terdapat banyak persamaan dalam pengambilan buruh Cina dan India. Pertamanya wujud orang tengah yang memainkan peranan penting. Keduanya terdapat unsur penindasan sama ada dari majikan atau orang tengah terhadap buruh dan ketiganya dari segi keterikatan buruh dengan para majikan.
Comments
Post a Comment